Thursday, December 25, 2014

Sabar dan Yakinkan Hati Bertawakal Padanya...Manis Akan Tiba Akhirnya

Assalamualaikum... Semoga semuanya dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa

Alhamdulillah.. pembacaan santai majalah islamik untuk anak2 baru2 ini (lupa tajuknya) menemukan mama dengan sebuah doa yang amat indah yang boleh sama-sama kita amalkan.

Doa tersebut berbunyi begini " Ya Allah kayakan aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan berlapang dada(berlemah lembut), muliakan aku dengan ketakwaan dan indahkan aku dengan kesihatan"

Bercakap tentang sabar mama teringat pada ujian yang mama pernah lalui.. Memang berat dan menyesakkan dada pada ketika itu. Ada ketikanya mama rasa tidak tertanggung. Hubungan mama dengan satu keluarga ini renggang ..puncanya mama sendiri tidak tahu kenapa. Namun dari tindakan dan cara percakapan ..kelihatan ada sesuatu yang tidak kena atau mereka tidak puas hati.

Pertemuan yang terhad , menghadkan mama untuk mengetahui duduk perkara yang sebenar. Dalam hati tergerak hati juga untuk meluahkan pada seseorang yang boleh dipercayai dengan harapan orang tersebut boleh jadi orang tengah yang mengetahui punca terjadinya keadaan sebegitu ..namun hati kecil mama berkata usah..bersabar sahajalah..ngadukan pada Allah.. khuatir anda mama yang tersalah sangka sedangkan pihak yang satu lagi tuh takde apa-apa...dan akhirnya mama putuskan untuk terus-terusan mengadu hanya pada Allah..bukan dengan berkongsi dengan manusia biarpun dengan suami mama sendiri sebab mama tak mahu beliau runsing.

Ada waktunya mama menangis sendirian . Mama cari ketenangan dan kekuatan dengan dekatkan diri dengan Allah... Disaat mama tidak tenang mama perbanyakkan solat sunat terutama solat taubat dan solat hajat, mama gagahkan diri mengunjungi rumah Allah masjid berhampiran sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menagih kasih dan rahmat Allah dan mama usahakan bersedekah biarpun sekadar RM 1 pada satu ketika. Mama pasrah dan yakin Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk mama. Mama juga berdoa pada Allah mohon keampunan untuk mereka dan diri sendiri , mohon agar kasih sayang kami akan bertaut kembali dan kami sama-sama terhindar dari penyakit hati.

Alhamdulillah ..setelah hampir setahun melalui ujian tersebut Allah memberikan sesuatu diluar jangkaan.. Hubungan telah pulih malah lebih baik...Masing-masing seolah-olah melupakan terus apa yang berlaku... dan kami yang sesama muhrim berpelukan ketika bersalaman..satu perbuatan yang dahulunya tidak dilakukan... Kuncinya sabar dalam menghadapi ujian.... Carilah Allah , mengadu dan mohonlah pada Allah segalanya... Yakinlah rahmat dan nikmat Allah dari sikap tawakal dan penyerahan hanya kepadaNya akan memberikan nikmat kemanisan yang tiada galang gantinya.

Semoga cerita ini ada kebaikan yang dapat diambil pengajarannya.

Wassalam


Wednesday, September 25, 2013

Al-Quran 'sentuh' Dr. Miller

Diambil dari  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

INILAH salah satu surah yang telah mengubah kehidupan seorang mubaligh kristian yang juga merupakan seorang pakar matematik serta mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller.
Dr. Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban.
Selain ia membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut terkesima waima dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakangnya.
Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya.
Salah satu contohnya ialah daripada surah di atas ini. Ia berkenaan hubungan antara Muslim dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi Muslim. Hal itu berlaku sampai sekarang di mana musuh bagi umat Islam adalah orang Yahudi.
"Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran pada 1978. Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.
"Sebenarnya, saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran, agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.
"Anggapan awal saya, kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Akhirnya, setelah mendalami satu demi satu helaian al-Quran, apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya," akui Dr. Miller.
Beliau akhirnya menyedari dan mengakui kebenaran al-Quran.
Kata Dr. Miller, beliau cuba mencari kisah kesukaran atau detik kesedihan Rasulullah apabila kematian isteri dan bapa saudaranya, tetapi tidak jumpa. Begitu juga dengan surah Aisyah, surah Fatimah dan surah Khadijah.
"Apa yang saya temui ialah tentang Maryam (surah Maryam). Sedangkan dalam kitab Injil tidak ditemui langsung.
"Malahan dalam al-Quran Al-Masih Isa disebut sebanyak 25 kali. Sedangkan Nabi Muhammad SAW disebut empat kali sahaja. Hal ini menyebabkan saya makin pening.
"Saya mencari lagi dengan harapan ada kesilapan di dalam al-Quran.
"Saya teruskan pembacaan dengan lebih teliti lagi. Namun sebaik sampai ke surah an-Nisaa' ayat 82, saya tambah terkejut," katanya.
Ujarnya, salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah untuk mencari kesalahan atau mencari kesalahan dalam teori sampai itu terbukti benar.
Apa yang menakjubkan Dr. Miller, bahawa al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan di dalamnya.
"Tidak ada penulis di dunia ini memiliki keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa hal itu sifar kesalahan.
"Namun al-Quran, sebaliknya. Ia memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba mencari waima satu kesilapan. Yang pastinya, anda tidak akan menemui apa pun.
"Apabila saya bertemu pula dengan surah al-Anbiya' ayat 30, saya dapati ayat ini sama dengan kajian saintifik yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1973 dan ia adalah mengenai teori ledakan besar.
"Ia menjelaskan teori tentang alam semesta adalah hasil daripada sebuah letupan besar yang mengarah pada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet," katanya.
Antara tulisan beliau yang menarik adalah The Amazing Quran (Quran Yang Mengagumkan).
Dalam karyanya ini, beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2ftbGi0wR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Muhammad Farhan Tee Abdullah - Disedarkan oleh Kisah Nabi Ibrahim

Artikel diambil dari Utusan Malaysia 31 Mac 2011 dalam ruangan Ikhwan Muslimin atau
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

KISAH kecerdikan dan keberanian Nabi Ibrahim menghancurkan satu persatu patung-patung berhala raja Namrud dan meninggalkan patung yang paling besar sambil memegang kapak memang luar biasa.
Muslihat yang direncanakan oleh Nabi Ibrahim itu menimbulkan kemarahan Namrud. Lalu dia bertanyakan kepada Nabi Ibrahim. Ibrahim dengan cerdiknya menjawab: "Tanyakan saja pada berhala yang paling besar itu, barangkali dia yang menghancurkan patung-patung yang kecil itu."
Mendengar jawapan Nabi Ibrahim, Namrud terdiam sambil memendam amarahnya. Bagaimana mungkin patung bisa berbicara. Jadi tidak mungkin dia akan menanyakan kepada patung itu.
Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim itu adalah demi membuktikan kekuasaan Allah SWT berbanding patung-patung berhala yang tidak mampu melakukan apa-apa.
Bagi kalangan anak-anak Islam, kisah yang penuh pengajaran itu sering diceritakan dan diperdengarkan kepada mereka.
Tetapi, siapa sangka ia juga turut terpahat dalam kotak fikiran, sekali gus menyedar dan menyentuh hati kecil Muhammad Farhan Tee Abdullah yang ketika itu masih di sekolah rendah.
Malah, kisah tersebut yang diceritakan oleh seorang ustaz di sekolah, menguatkan keyakinannya bahawa patung-patung berhala tidak membawa manfaat kepada manusia.
Muhammad Farhan yang kini merupakan Pegawai Dakwah dan Penyelidikan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata, minatnya kepada Islam bermula lebih awal. Ia semakin serius pada usia 10 tahun menerusi pergaulan dengan kawan-kawan sekampung.
Apatah lagi keluarga mereka adalah satu-satunya keluarga Cina yang tinggal di perkampungan Melayu yang majoritinya berketurunan Jawa.
"Pada masa itu, saya ada mengikuti kelas Bahasa Arab pada sebelah petang di sekolah bersama kawan-kawan beragama Islam yang lain. Sayangnya, ia hanya diikuti selama beberapa minggu sahaja, sebelum ayah melarang sebaik dia mengetahuinya.
"Walaupun begitu, saya masih mengikuti kelas pengajian agama secara sembunyi-sembunyi walaupun kelas tersebut tidak wajib diikuti bagi pelajar bukan Islam," kata anak kepada pemilik kedai runcit itu.
Boleh dikatakan keseluruhan hidup Muhammad Farhan, 26, dikelilingi oleh masyarakat Melayu, sehinggakan dia lebih petah dan selesa berbahasa Melayu, sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dia pernah ditegur oleh ibu bapanya kerana enggan menggunakan bahasa ibunda mereka.
Kemesraan dan keakraban anak muda itu dengan Islam dan budaya masyarakat Melayu terbukti dengan kebolehan Muhammad Farhan menghafaz surah al-Fatihah.
Malah minat yang telah terpupuk semenjak di sekolah rendah itu semakin bersemarak ketika di sekolah menengah.
Lantas itu, semasa di tingkatan empat dan lima, Muhammad Farhan mengambil Tasauf Islam kerana diberitahu bahawa ia adalah mata pelajaran asas mengenai Islam dan tidak melibatkan wahyu Allah serta penulisan al-Quran.
Sehinggalah semakin menghampiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Farhan dipelawa menjadi anak angkat oleh seorang guru di sekolahnya.
Sejak sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, pergaulannya memang di kalangan pelajar Melayu dan kawan-kawan yang berlatarbelakang pendidikan agama yang baik.
"Alhamdulillah, mereka banyak membantu dan ini jugalah salah satu faktor yang membawa saya kepada Islam.
"Terlintas juga di hati bahawa ini mungkin satu bentuk hidayah Allah di mana saya tidak terjebak dengan kawan-kawan yang sentiasa lara atau leka dengan perkara-perkara negatif.
"Yang menjadikan saya seorang pemilih mungkin disebabkan selepas kematian ayah, kami adik-beradik yang seramai enam orang telah dijaga oleh bapa saudara.
"Memandangkan dia seorang yang agak berdisiplin, tegas dan dikenali ramai di kampung tersebut, secara tidak langsung membuatkan saya lebih berhati-hati dengan siapa saya bercampur dan berkawan," jelasnya.
Malah akui anak kelima itu, pelawaan untuk dia bergelar Muslim, memang terlalu banyak.
Namun, ketika itu dia merasakan belum bersedia atau belum sampai seru. Lagipun, dia masih di bawah penjagaan orang tua.
Jadi, Muhammad Farhan merasakan belum masanya untuk dia memeluk Islam. Sehinggalah selepas menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
"Waktu itu saya kerja sementara di kilang. Daripada situ barulah saya melihat realiti kehidupan. Saya amat kecewa apabila melihat ramai orang Islam tidak solat, sedangkan menerusi pergaulan saya sebelum ini, saya dikelilingi mereka yang baik-baik.
"Melihat keadaan itu, wujud pemberontakan dalaman sehinggalah datang satu lintasan gambaran, wajah seorang imam yang pernah saya kenali cuma tidak pernah berbual dengannya.
"Daripada situ, saya macam tersedar dan berhasrat untuk mencari Imam Haji Ismaun. Apabila saya temui beliau, saya luahkan hasrat hati untuk belajar ilmu agama dengannya secara mendalam," tambah beliau.
Muhammad Farhan berkata, pada masa itu, beliau bertekad untuk memeluk Islam pada usia 21 tahun.
"Bagaimanapun, baru seminggu belajar, ustaz menyarankan telah sampai waktunya untuk saya memeluk Islam," katanya yang menjadi serba salah tatkala diminta membuat pengislaman.
Setelah tiga hari berfikir, pada 24 Mei 2005, Muhammad Farhan mengucap syahadah di Pejabat Agama Islam Kampung Gajah dengan Imam Ismaun sebagai saksi.
Kemudian mendaftar secara rasmi di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. Umurnya ketika itu 20 tahun satu bulan sebelum menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah.
Seperkara luar biasa yang dialami oleh Muhammad Farhan sebaik bergelar Muslim, dia seperti mendapat ketenangan dalaman dan keseronokan dalam kehidupan kerana ada arah tujuan dan hala tuju.
Kalau sebelum Islam, katanya, hidup terasa kosong walaupun pada ketika diri sudah mengetahui tentang Islam.
Di samping itu, konsep ketuhanan dalam Islam telah disedari dan diakui Muhammad Farhan menjadi tarikan kuat yang mengikatnya kepada agama Islam.
Hidayah itu ditemui sejak kecil. Lebih-lebih lagi dia tidak pernah teringin menyembah Tuhan nenek moyangnya.
"Selain konsep ketuhanan, Islam adalah agama yang cukup lengkap. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan berbanding dengan fahaman-fahaman atau ajaran agama yang lain.
"Islam ada sistem sosial, politik, ekonomi, perkahwinan, kekeluargaan, hal-hal selepas kematian, akhirat, syurga, neraka dan banyak lagi," katanya.
Muhammad Farhan berkata, sembahyang adalah tanda terima kasih manusia kepada Tuhan.
"Perbuatan sujud pula, menunjukkan kehebatan Islam sehingga umatnya boleh bersujud kepada Allah.
"Sehingga masuk ke tingkatan enam, gambaran dan pemerhatian saya tentang Islam bertambah luas, apatah lagi saya tinggal berjauhan daripada keluarga," jelasnya.


Kisah Kelahiran Rasulullah saw; penuh keajaiban luar biasa...

Artikel diambil dari Pusat Rawatan Islam KISWAH 

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebelum Abdullah berkahwin dengan Aminah, terpancar cahaya gilang gemilang dari wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitab…
Sehinggalah beliau berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindak kepada Aminah pula apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta… Sehingga seorang perempuan ahli kitab datang berjumpa beliau menyatakan… apabila Abdullah membawa cahaya tersebut dia sangat mengimpikan untuk menjadi isterinya… Namun apabila cahaya tersebut tiada lagi, niat tersebut telah berkubur seumpama hilangnya cahaya dari wajah ayahanda Nabi Muhammad saw tersebut.
Ketika Abdullah berangkat ke Syria, sudah terdetik di hati si isteri bahawa suaminya tidak akan pulang lagi… Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan ibunya Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati bonda nabi mengenangkan nasib anaknya yang yatim tersebut.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat, di laut, burung2 yang berkicau sibuk membincangkannya. Angin dari Utara mengkhabarkan kepada angin Selatan dan angin Timur mengkhabarkan kepada angina Barat berita bakal munculnya Penghulu tujuh petala langit dan bumi 9 bulan lagi….. Bumi gempar dengan perkhabaran akan lahirnya insan istimewa tidak lagi
Kedua, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.
Wangi2an yang tidak terhingga laksan kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka…
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua…
Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini saw…
Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…
Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad saw yang masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum…
Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena2 beliau menyusukan baginda Nabi saw… Beliau seolah2 terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya…
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhitankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya…Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai… Oleh kerana bapa nabi saw sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu….
Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad saw yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut..
Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul…. Ini malaikat atau manusiakah…. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi…
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah… dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik… apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad saw….
Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw….
Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya…. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu nabi…
Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.
Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta… Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…Sejak memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta… . Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.
Jadi marilah kita berselawat kepada baginda Nabi saw…Merayakan hari kelahiran baginda saw….

Wednesday, January 11, 2012

Hijrah kepada Islam - Amir Junaid Muhadith @ Loon

Assalamualaikum..


Subhanallah.... Besarnya hikmah Hidayah yang diterima dari Allah s.w.t yang tidak terduga dek akal fikiran manusia..betapa seorang manusia yang terkenal dengan imej budak jahat melalui album serta penampilannya iaitu Chauncey Lamont Hawkins @ Loon yang merupakan seorang rappers yang bernaung dibawah label bad boy Records milik taikun hiburan, P.Diddy yang terkenal dengan lagu I Need A Girl (keluaran tahun 2001) berubah dan meninggalkan sama sekali bidang muzik serta imej jahat setelah memeluk agam Islam dengan  nama Islamnya Amir Junaid Muhadith..dan alhamdulillah beliau telah berjaya menunaikan umrah.. Beliau berhijrah menjadi seorang Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar..

Kini beliau menumpukan tugas sepenuh masa sebagai pendakwah dengan menggunakan kisah serta penghijrahan nya sebagai pedoman untuk dikongsi bersama.


Apabila terpandang sahaja imej dan ceritanya yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 27/11/2011 yang lalu tidak semena-mena air mata saya tertumpah....rasa gembira melihat keajaiban yang Allah s.w.t turunkan..


Sedar-sedarlah wahai mereka-mereka yang memang dilahirkan Islam... muhasabah diri...Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa sentiasa... Insyaallah kebahagiaan dan kejayaan hidup akan sentiasa anda rasai...

Sesungguhnya Rahmat dan Kasih Sayang Allah terlalu luas untuk kita semua dan tiada tolok bandingannya...Cara kita bersyukur dan menghargai akan segala Rahmat dan Nikmat Allah s.w.t adalah dengan mencari keredhaannya ..melaksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang ..jadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup... perhatikan setiap amal perbuatan/tindakan kita., pakaian....dll.....

"Alhamdulillah ...Terima Kasih Ya Allah atas segala Rahmatmu..dan semoga kejayaan dan kebahgiaan dunia dan akhirat diperolehi olehku dan pembaca blog ini ...amin"

Wassalam

Monday, September 12, 2011

Muzik Alternatif berkesan motivasi Diri

Salam...

Sejak dari zaman kanak2...saya mengemari muzik...saya memang suka menyanyi... teringat seawal usia 6 tahun saya sudah berani memasuki pertandingan nyanyian yang diadakan dikawasan penempatan di Bukit Aman...masih dapat diingat lagi lagunya " Boneka'... bila difikir2kan semula mungkin dalam usia tersebut saya telah bleh membaca dan menghafal..

Salah satu lagu yang memang saya suka ialah dari nyanyian kumpulan The Zikr...Sketsa Kehidupan
..liriknya seperti di bawah


"Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"

ada kalanya apabila diri ini terasa kurang motivasi... akibat sesuatu halangan/dugaan yang datang tiba2..lagu ini menjadi penguat semangat.. banyak sebenarnya lagu yang lirik2nya baik untuk kita jadikan panduan dalam hidup...terpulang pada diri kita untuk buat pilihan...malahan lagu2 dari kumpulan rock seperti Search, Wings , Ukays  atau artis solo  M.Nasir , Ramli Sarip, Anuar Zain , Sheila Majid pun ada....
 Jom tengok baik2 lirik lagu

Kau Satu Satunyadari Ukays

Oh... siapalah diri aku ini
Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku... satu-satunya
Padamulah ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang dihupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau... bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi...

Kalau dihayati dengan sebenarnya lirik ini menunjukkan hubungan kita dengan Allah s.w.t ... apabila kita semakin hampir dan selalu mendekatkan diri denganNya pasti kebahgiaan yang dirasai...

Tuesday, July 26, 2011

Berkhalwat Bawa Brown Kepada Islam

Assalamualaikum...

Setiap kali hari khamis...saya pasti tidak sabar untuk mendapatkan dan membaca akhbar utusan Malaysia ....dan mata saya pasti akan tercari-cari ruangan Ikhwan Muslimin. Di ruangan ini diceritakan kisah-kisah mereka yang telah mendapat hidayah Allah dan memeluk agama Islam... Antara kisah yang saya ingati dan membuatkan airmata ini berguguran adalah dibawah tajuk seperti di atas. Artikel tersebut ditulis bertarikh 16/6/2011 oleh Siti Ainiza Kamsari . Sekalung penghargaan terima kasih buat penerbit dan penulis ruangan tersebut yang berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan amat baik sekali..


Saya ringkaskan dan ambil sedikit petikan akhbar

Dr. Laurence Brown merupakan seorang doktor yang tidak beragama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. (Atheis). Pada masa kelahiran anak perempuannya yang ke 2 yang bernama Hannah, dia telah diuji dimana Hannah dilahirkan dengan keadaan pembuluh darah ke jantung yang sempit menyebabkan peredaran dan aliran darah tidak lancar.

Sebagai usaha menyelamatkan Hannah, doktor terpaksa melakukan pembedahan di dada dan sebagai seorang doktor, Dr Brown amat memahami risiko dan peluang pembedahan yang sangat tipis.

Sebagai kelazimannya, doktor pakar akan menerangkan prosedur dan implikasi kepada keluarga pesakit sebelum pembedahan dijalankan dan si pakar juga tidak lupa meminta Dr Brown untuk banyak berdoa kepada Tuhan. Sebagai seorang yang tidak mempercayai adanya Tuhan, tentu sahaja saranan Dr pakar tersebut merupakan satu pukulan yang hebat kepada Dr. Brown.

Saat kebingungan sedih dan takut dia tetap menuju ke ruangan yang dikhaskan untuk berdoa. dan dalam keadaan acuh tak acuh dan setengah hati, Dr. Brown berkata " Jika Tuhan itu memang ada, benar-benar wujud , dipinta agar anaknya diselamatkan. Dr Brown juga berkata , sebagai balasannya jika anaknya selamat, dia berjanji akan mencari dan mengikuti agama yang paling menyenangkan hatiNya.

Setelah 10-15 minit berbicara dengan Tuhan, dia dipanggil oleh Dr pakar, dan dalam keadaan yang berdebar, tiba-tiba dia amat terkejut apabila Dr. pakar tersebut memaklumkan bahawa anaknya seolah-olah seorang bayi ajaib... tiada sebarang masalah malah dua hari selepas itu anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah .

Sejak hari itu Dr Brown mula mencari tuhan...dari satu agama ke satu agama dan akhirnya mengenal AlQuran dan Islam dan memeluk agama Islam dan menjadi muslim sejak 10 tahun yang lalu. Semua soalan tentang permasalahan manusia dan dunia ,ternyata AlQurandapat menjawab persoalan yang dicari-cari jawapannya selama ini.

Semoga kisahnya ini dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua agar sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t dan bersyukur dengan segala Rahmat dan Kasih sayangNya serta menjadi umat manusia yang beriman dan bertaqwa....

wassalam
Pn Sha