Wednesday, July 20, 2011

TINDAKAN yang perlu di ambil tika berdepan dengan TEKANAN & MASALAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum...

Terlalu lama saya tidak menulis dalam blog ini ..sebabnya saya terikat dengan tugas hakiki yang multipurpose ..di Kolej Unikop Cawangan Melaka...Alhamdulillah kesempatan yang ada sedikit ini dapatlah saya menulis dalam blog ini untuk dikongsi bersama..

Setiap hari pasti ada cabaran /tugasan dalam kehidupan yang kita lalui.. ada antaranya berjaya dan berjalan dengan baik terutamanya jika tugasan tersebut adalah sesuatu yang rutin/biasa kita lakukan sehari-hari,  tetapi bagi tanggungjawab yang baru, mungkin ia memerlukan sedikit masa dan kebolehan untuk melakukannya..

Dalam menghadapi cabaran itu juga mungkin sesuatu diluar dugaan boleh berlaku / tidak berjalan dengan baik sebagaimana yang diharapkan dan inilah yang menyebabkan berlakunya tekanan dan tekanan ini jika tidak ditangani dengan baik , akan menimbulkan masalah..samaada yang menangungnya(pelaku) atau juga boleh melibatkan pihak lain.

Dikatakan pelbagai kajian telah dibuat berkaitan dengan tekanan/tegangan antaranya  (Rujukan)

a) Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia. Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, kesannya paling rendah.
Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sama di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.
Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kan" ser (kesan terakhir).

b) Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini.Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes be ulang. Tetapi apabila mereka men ubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.

c) Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat diki wal, H pylori (sejenis bakteria) tid menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalar4 nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, me seolah-olah terbakar dan asid hidrokldrik, komponen jus gastrik mencurah keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.


Ok... hari ini saya hanya ingin berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman diri tentang tindakan yang perlu diambil tika berdepan dengan tekanan & masalah..

1. TENANGKAN DIRI SEKETIKA - ISTIGHFAR bagi orang Islam

Menarik nafas seketika...mendiamkan diri dan cuba bertenang... Marah / Kecewa tidak mampu menyelesaikan fikiran yang kusut....

2. TULIS / FIKIR SEMULA APA tekanan / MASALAH

Apa-apa juga yang berlaku adalah ketentuan Allah yang kadangkala berpunca dari kesilapan diri sendiri... tetapi jangan terus-terusan menyalahkan diri sendiri sahaja ..dan jangan terus-terusan menyalahkan orang lain... Fikir sebentar ....dan kenalpasti apa tekanan/masalahnya

3. DOA - MOHON KEPADA YANG ESA 

Baca doa penenang hati / ayat seribu dinar / doa biasa pun tak apa...percakapan kita dengan Yang Esa.... mohon dipermudahkan , diberi kekuatan untuk menghadapi tekanan/masalah 

4. KENALPASTI PUNCA TEKANAN/MASALAH

Tengok apa sebabnya terjadi tekanan/masalah tersebut .

5. AMBIL TINDAKAN satu persatu atasi tekanan/masalah

Kalu tidak beruapaya berfikir tindakan yang perlu dibuat..dapat seseorang yang rapat , yang boleh dipercayai, yang boleh membantu untuk dikongsi cerita dan mohon bantuan untuk mengatasi tekanan/masalah

Insyaallah... setiap tekanan dan masalah pasti ada UBATNYA..penyelesaiannya...dan JIKA MASALAH/TEKANAN telah reda/selesai...ambil langkah berjaga-jaga supaya ianya tidak berulang lagi/kita boleh tenang menghadapi dan mengatasinya dengan betul. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t, jaga solat 5 waktu, jauhi kemungkaran dan sifat2 negatif atau orang2 yang negatif, amalkan solat sunat (dhuha, witir, taubat, tahajud) sebab fadhilat solat sunat nih banyak selain ia menampal dosa-dosa kecil yang kita lakukan.. banyakkan berzikir, mencari ilmu yang baik dan bermanfaat... Insyaallah

MASALAH nih kita kena lalui,hadapi...tapi tak boleh lari....Jika kita lari dari masalah...ia akan kejar kita...
Ini pendapat peribadi saya berdasarkan apa yang dilalui... Dengan izin Allah...dengan sifat sabar... Sebesar manapun tekanan dan Masalah PASTI dapat kita atasi 

Wallahualam....

Ikhlas
Pn CtNorNabila






Sunday, April 10, 2011

JIKA TERLALU SIBUK


Cerita ini saya ambil sumbernya dari laman internet yang saya lupa alamatnya..maaf.... Semoga sama-sama mendapat manfaat dan peringatan
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..” Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” “Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.

Monday, April 4, 2011

Mengapa Allah Turunkan Ujian Ke atas Manusia

Assalamualaikum....

Perkataan kali ini adalah Ujian

Sebenarnya..antara kita sedar atau tidak...sebagai manusia , kita seringkali di uji... Ujian tersebut datang dalam macam-macam bentuk..juga datang samaada dengan ujian yang besar ..boleh atau tidak untuk kita hadapi...
Bagi seorang pelajar... pada setiap semester/tahun/penggal anda akan diuji selepas pembelajaran di buat... Apa tujuannya? Tak lain tak bukan untuk cikgu/tenaga pengajar anda tahu sejauh mana kefahaman dan kemahiran yang anda ada daripada apa yang diajarkan....

Ketika membeli ikan sekalipun... ujian tetap dilakukan oleh pembeli...picit2...tgk insang...bau...atas sebab apa? Untuk ketahui samaada ikan tersebut baru...isi keras atau sebaliknya....Jika beli ketam...ada yang ketuk2 kulitnya...mengapa? Nak tau ada isi atau lompong....

Oleh kerana itu..Allah s.w.t menguji manusia dengan pelbagai ujian semestinya bersebab... Nak menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian-ujiannya...


Allah menguji manusia atas sebab-sebab yang berbeza. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia.

Rasulullah SAW bersabda:
Ujian yang berlaku kepada manusia samada memuliakannya atau menghinakannya.

Ada tiga sebab mengapa Allah menguji manusia:
? Kifarah.
? Bala.
? Ibtila’.


1 Kifarah.
Kifarah adalah ujian ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika itulah dia diuji. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai ‘tebusan’ untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, kifarah ialah ujian untuk ‘orang baik yang terbuat jahat’. Dengan ujian itu, ‘orang baik’ tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah:
Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.(43:48 )

2 Bala
Bala adalah ujian ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah jadikan ujian sebagai hukuman Tuhan di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan disiksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Rengkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas ‘orang jahat yang buat jahat’. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah diantara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum disiksa di akhirat.

Firman Allah:
Itulah hukuman dunia yang ditimpakan atasmu maka rasakanlah hukuman itu. Sesungguhnya bagi orang kafir itu ada lagi azab neraka.(8:14)
Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (9:74)

3 Ibtila’.
Ibtila’ adalah ujian ke atas orang baik ketika melaksanakan kebaikannya. Ia adalah tanda kasih-sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan derjatnya disisi Allah. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf, qanaah dari Tuhan? Dengan ujian bentuk inilah ada dikalangan para Rasul ditingkatkan ke derjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian keatas ‘orang baik yang buat baik’. Golongan para Nabi, siddiqin, syuhadak dan solehin adalah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ketika menegakkan kebenaran.

Firman Allah:
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, yaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Al Baqarah: 214

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.
Dalam keadaan berdosa, ujian didatangkan sebagai pengampunan.
Dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat dan memberi pahala...

wallahua'lam..

..ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan. ALLAH berfirman bermaksud:"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar..". [Al-Baqarah: 155]

Orang yang bersabar ialah orang menyakini wujudnya hari pembalasan. Justeru itu ALLAH menjelaskan dalam ayat seterusnya bermaksud: Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan; Kita milik ALLAH dan kepada kita pasti kembali.[Al-Baqarah: 156]

Orang yang tidak sabar pasti gagal dalam ujian.
Berapa ramaikah manusia yang mampu bersabar menghadapi ujian ini?
Perut lapar yang perlu diisi menjadikan manusia lupa bahawa dia akan mati.
Dia lupa bahawa segala perlakuannya akan dihisab dan dihitung serta dipertanggungjawabkan. Malah dia lupa janji seksa Tuhan iaitu pohon Zakkum yang berduri sebagai makanan dan air panas menggelegak sebagai minuman orang yang berdosa.Firman ALLAH bermaksud: Sesungguhnya pohon Zakkum merupakan makanan orang yang berdosa, seperti air panas yang menggelegak di dalam perut. Bagaimana pula dengan kita? Adakah telah bersedia untuk ke neraka???

Ujian Kehidupan Bagi Manusia


Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran. Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan, kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya.

Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?

Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)

Mukmin itu tidak cukup hanya dengan ungkapan beriman dan mengaku sebagai Islam sahaja, tanpa memenuhi tuntutan sabar dan tabah hati mengharungi ujian, sama ada ujian berupa perintah – melaksanakan kewajipan dan perintah, mahupun ujian berupa larangan yang perlu dijauhi. Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk : 2)

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa.

"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu. Kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : "Ini adalah dari sisi Allah", dan sekiranya mereka ditimpa sesuatu bencana, maka mereka berkata : "Ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah : "Semuanya datang dari Allah." Maka mengapa orang-orang yang hampir tidak memahami nasihat sedikitpun?" (Al-Nisa’ : 78)

Apakah dikira segala hutang yang masih belum dilangsai, persengketaan yang belum lagi terlerai, janji yang tak tertunai, cita-cita yang masih tak tercapai, kejayaan yang belum sempat digapai mampu menangguhkan saat dan ketentuan ajal yang datang? Tidak kira sesiapapun, maut tetap datang menjemput. Sama ada ahli keluarga yang tercinta, sahabat handai yang dikasihi, guru-guru yang dihormati, rakan-rakan seuniversiti, dekat mahupun jauh, ataukah diri kita sendiri yang masih terkapai dalam pencarian ini, andai telah ditentukan saatnya, akan pergi jua akhirnya meninggalkan dunia yang fana, bukan untuk seminit dua, bahkan untuk selama-lamanya. Waktu yang tak mungkin dapat diundur, lalu tinggallah segala kegembiraan yang pernah dikecapi, abadilah segala kenangan bersama, detik suka mahupun duka akan berputar kembali memenuhi ruang fikiran teman-teman yang ditinggalkan.

Saat ini disedari betapa tinggi dan bernilainya sebuah uhkuwwah dan persahabatan yang terbina. Tika ini jualah mengerti dan menghargai seorang insan yang takkan dapat lagi hidup bersama di dunia. Seterusnya, penyesalan demi penyesalan yang tidak punyai makna apa-apa…

Saidatina ˜Aisyah berkata : Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya." (Sohih Muslim, bab Do’a, Taubat & Istighfar, 4845)

Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah tanggungjawab dan amanah Allah, kan terlangsailah jua hutang yang terkumpul.

Peringatan buat diri yang sentiasa alpa, leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, agar memperteguhkan iman dan ilmu, memperbanyakkan amal sebagai bekal, menuju ke satu destinasi yang pasti dan abadi. Bangkit dari lena, teruslah bermujahadah, thabatkan diri dalam perjuangan yang suci ini, walau diri lemah dan tidak berdaya, walau diri tidak punya apa-apa, tetapi tenanglah duhai hati seorang mukmin, yakinlah dengan janji Ilahi, kesabaran menghadapi ujian membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan……!

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Al˜Imran : 142)

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengasihi orang-orang yang sabar." (Al˜Imran : 146)

Pn Nabila suka pada lirik nasyid dibawah ini. Menjadi motivasi diri saat diuji Allah s.w.t
Semoga menjadi insan yang bersyukur dan dekat sentiasa dengan Allah s.w.t

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah

Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan



Thursday, March 17, 2011

SABAR ....KEBENARAN AKAN TERSERLAH AKHIRNYA

Sememangnya Allah s.w.t mendatangkan musibah/dugaan kepada hambanya untuk menguji dan melihat keimanan seseorang umatnya. Ketika ditimpa musibah macam-macam perkara yang mungkin terlintas dalam fikiran.. tekanan perasaan, tekanan suasana .. Jika tidak kuat pasti syaitan datang menghimpit ,,dan tindakan luar akal akan dilakukan...

Dalam menjalani  kehidupan dengan tanggungjawab yang patut dilakukan ...saya juga manusia lemah yang tidak terkecuali di beri ujian yang maha besar ... Kepada Allah s.w.t tempat mengadu nasib dan memohon pertolongan... pernah bilamana meminta pertolongan dengan manusia , ada antaranya didepan manis bermadu.. sebaliknya menjaja cerita dari mulut ke mulut yang ditokok tambah sebagai penyedap rasa...dan tidak dinafikan alhamdulillah ada juga teman sejati benar2 ikhlas..yang sentiasa hadir saat suka dan duka..yang. sekurang-kurangnya sebagai pendengar dan penasihat meredakan tekanan yang di hadapi.....

Dalam menghadapi apa juga cabaran/situasi saya pelajari..perlunya banyak2 bersabar...muhasabah diri...pandang kepada yang positif... "perkara ini berlaku sebab ini..ini ...supaya lain kali aku berhati-hati... aku tak melakukan perkara yang sama"... Jika benar kita tersilap langkah/bersalah kena akur dan mengaku... mohon maaf dan perbaiki.. Rasa lega apabila Allah berikan Rahmat dan pertolongan ...berkat kesabaran... kebenaran telah terserlah akhirnya ..ini bukan soal menang atau kalah...soal siapa benar siapa salah tetapi ada kalanya berkaitan maruah dan harga diri...apapun yang penting harga diri dan kasih sayang di sisi Allah s.w.t itu yang utama..... Memang benar terbukti dan masih kukuh menjadi pedoman buat diri ini.. " Jaga hubungan dengan Allah....dan Allah akan jaga hubungan kita dengan sesama manusia"

Wassalam..........

Monday, March 14, 2011

HIKMAH BERTUDUNG

Sumber Artikel : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12714.0


Tahukah anda?Zaman sekarang lebih teruk berbanding zaman Jahiliyah dulu?Mengapa saya berkata sedemikian?Kerana zaman Jahiliyah dulu,semua wanita berpakaian Jilbab....Apa kaitannya zaman sekarang?zaman sekarang semua wanita tidak berpakaian jilbab DAN ada juga yang berpakaian jilbab tetapi tidak menutup sepenuhnya...
Tidakkah anda perasan,terlalu banyak penyakit kulit menimpa orang yang mendedahkan aurat terutama wanita di Amerika Syarikat yang sudah tidak menutup aurat sepenuhnya???Mereka sehingga mengamalkan krim-krim kononnya mampu menangani masalah mereka TETAPI MEREKA LUPA UNTUK MENUTUP AURAT SEPENUHNYA...MEREKA LUPA UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TEBAL-TEBAL.....Kerana itulah mereka sentiasa mendapat pelbagai penyakit dan penyakit itu berleluasa kepada cucu cicit mereka..
Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilansanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.
1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)
 “Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak ramai…
Saya ULANGI AYAT INI…
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada di sekelilingnya.
2. Terhindar dari masalah MAKSIAT
Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang berbeza setiap hari.
3. Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....
4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga
“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???
5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.
6. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….
Ternyata jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.

Menjaga Kebersihan Hati

Hati... Memastikan agar ianya terjaga dan sentiasa bersih bukanlah satu cabaran yang mudah... Hati mengawal pergerakan jasad dan menentukan tindakan yang kita lakukan... Kebersihan hati ini memang berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu...Oleh itu penting untuk mendidik jiwa dan hati untuk sentiasa berfikiran positif.... sentiasa memaafkan orang lain... sentiasa muhasabah diri... 



Untuk mensucikan hati...diri kita perlu berubah...Antara perubahan yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut :

1. Kita perlu menjaga lisan atau lidah . Jauhi diri daripada terlibat sama dalam menyebar cerita , membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba , membuka aib atau rahsia orang lain ... Jika tiba-tiba terjumpa dengan seorang atau sekumpulan rakan sedang bercerita2 tentang hal orang lain sebolehnya jangan terlibat sama... join sekali... kalau..tiba2 dah terjebak dalam kumpulan tersebut... alihkan topik cerita kepada diri sendiri atau anak2....


2. Buang jauh2 sifat hasad dengki ...  belajar bersyukur dengan apa yang ada..jika dapat mohon share rahsia kejayaan rakan kita...lihat cara dia bekerja..bertindak....kerajinan dan usahanya... Jika syaitan mula bisik... orang itu macam ini dapat macam ini tepis cepat2 istigfar banyak2... Sesungguhnya dengki ini akan memakan kebaikan kita sebagaimana api memakan kayu... malahan jika ada ruang perasaan dengki...tentunya hati tidak tenteram

3. Jom pelihara pandangan/mata kita daripada melihat perkara-perkara haram ..perkara-perkara yang hanya menyebabkan kita jadi bongkak, jadi iri hati, jadi tak ketentuan tidak bertempat ..yang mana semua pandangan ini boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang kepada perkara2 tertentu dengan penuh rasa keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

4. Jaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.
Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5. Perlunya untuk menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

6. Perlunya menjaga kedua-dua kaki supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

7. Yang paling penting Ikhlas dengan amal perbuatan kita semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala .  Amal ibadah yang wajib perlu di lakukan... jangan ditinggalkan... dan jika boleh cari-cari ruang masa untuk ibadah sunat... Perlu konsisten(istiqamah) jangan kejap jer buat...dan lalai leka ...Kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hubungan secara terus dengan Allah s.w.t di sinilah kekuatannya untuk menjaga kebersihan hati


Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.



Mari Jaga Hati... Mari tingkatkan iman dan amal soleh serta hubungan kita dengan Allah s.w.t semoga kita dikurniakan hati yang bersih dan suci...semoga ketenangan yang hakiki dapat dimiliki

Monday, January 24, 2011

Amalkan Selalu Muhasabah Diri Untuk Menghindari Sifat Fajir

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Muhasabahdirihindarisifatfajir/Article/   bertarikh 23/1/2011

Ahad lalu, saya ada membaca artikel berkaitan Muhasab diri hindari sifat fajir..dalam bab Pedoman Saya tertarik dengan artikel ini kerana mendapati memang banyak berlaku dalam masyarakat pada masa ini apa yang diperkatakan.. Semoga kita semua terhindar dari golongan yang mempunyai sifat Fajir ini... yang ada ilmu tetapi tidak beramal dan hanya pandai berbicara sahaja... Muhasabah diri sentiasa semoga Allah s.w.t sentiasa di hati dan semoga ditetapkan iman serta diperkukuhkan amalan demi untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi...

" RASULULLAH SAW mendedahkan, dalam hakikat perjuangan Islam, wujudnya golongan manusia yang bergelumang dengan maksiat, melakukan kemungkaran, berjiwa munafik serta memang tidak beriman, tetapi turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.
Riwayat Al-Bukhari menyatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat).” Menyentuh mengenai maksud fajir ini, sebahagian ulama Islam berpendapat yang dimaksudkan itu adalah orang berilmu dan berakal tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu sedangkan orang lain pula yang mendapat faedah daripada ilmu yang diajar olehnya.

Selain itu, golongan pemerintah yang zalim juga turut tergolong dalam kumpulan manusia fajir.
Di dalam sejarah perjuangan Islam dari zaman dulu hingga sekarang terdapat banyak contoh yang menunjukkan manusia yang bersifat ‘fajir’ ini dapat mengabui pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih untuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan yakni langsung tidak bersamaan dengan pandangan atau ilmu yang dilontarkan.

Hadis riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa ramai yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing.” Oleh itu, ramai antara umat Islam yang hanya ‘berjihad’ untuk kepentingan diri saja dengan alasan menyebarkan ilmu serta dakwah Islam tetapi pada masa yang sama, tidak mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.

Sebagai umat Islam, kita sebenarnya perlu bermuhasabah diri dan melihat kembali perbuatan yang kita lakukan sehari-hari.
Ini sebagaimana hadis tadi yang menyatakan bahawa kebanyakan orang berilmu hanya menurunkan ilmunya tetapi gagal mengamalkan ilmunya itu.

Kebanyakan berasakan sempurna dengan ilmu yang diamalkan tanpa pernah melakukan muhasabah diri dan melihat kesilapan yang dilakukan seperti meninggalkan perkara kecil yang sebenarnya adalah tanggungjawab mereka.
Di dalam Islam, kita dituntut untuk melakukan muhasabah diri dengan menilai, memeriksa serta menghitung kesilapan yang dilakukan sebagaimana Rasulullah yang menyatakan ia cara terbaik mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Seseorang daripada kamu yang bermuhasabah dirinya sendiri adalah lebih hebat daripada muhasabah seorang teman terhadap temannya.” Ini menunjukkan amalan bermuhasabah terhadap diri sendiri adalah sangat penting dan diiktiraf oleh ulama kerana individu yang bermuhasabah dirinya tentu mengakui kesilapan diri sendiri. Oleh itu, sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa terdorong untuk tunduk kepada bisikan syaitan, kita cenderung untuk lebih mengambil berat mengenai kesihatan, kekuatan dan keindahan fizikal, hingga melupakan tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan hati dengan mengingati Allah, mengingati mati dan memperbaiki diri. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tidak habis-habis, kita mengabaikan hati dan keperluan rohani. Kita sibuk mengumpul harta bagi mengisi keperluan hidup di dunia dan ada kalanya, harta itu tidak pula mendatangkan manfaat kepada kita, malah melalaikan kita daripada mengingati Allah. Jadi, seharusnya, sebagai seorang yang mengakui beriman dan berilmu, hendaklah kita berhati-hati daripada sifat ‘fajir’ dan juga bersifat ‘riya’ yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas daripada ciuman bau syurga kerana setiap sekecil-kecil perbuatan sekalipun tetap akan dihitung dan diazab Allah SWT kelak. "