Showing posts with label Amalan Baik Yang Perlu Dilakukan. Show all posts
Showing posts with label Amalan Baik Yang Perlu Dilakukan. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Menjaga Kebersihan Hati

Hati... Memastikan agar ianya terjaga dan sentiasa bersih bukanlah satu cabaran yang mudah... Hati mengawal pergerakan jasad dan menentukan tindakan yang kita lakukan... Kebersihan hati ini memang berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu...Oleh itu penting untuk mendidik jiwa dan hati untuk sentiasa berfikiran positif.... sentiasa memaafkan orang lain... sentiasa muhasabah diri... 



Untuk mensucikan hati...diri kita perlu berubah...Antara perubahan yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut :

1. Kita perlu menjaga lisan atau lidah . Jauhi diri daripada terlibat sama dalam menyebar cerita , membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba , membuka aib atau rahsia orang lain ... Jika tiba-tiba terjumpa dengan seorang atau sekumpulan rakan sedang bercerita2 tentang hal orang lain sebolehnya jangan terlibat sama... join sekali... kalau..tiba2 dah terjebak dalam kumpulan tersebut... alihkan topik cerita kepada diri sendiri atau anak2....


2. Buang jauh2 sifat hasad dengki ...  belajar bersyukur dengan apa yang ada..jika dapat mohon share rahsia kejayaan rakan kita...lihat cara dia bekerja..bertindak....kerajinan dan usahanya... Jika syaitan mula bisik... orang itu macam ini dapat macam ini tepis cepat2 istigfar banyak2... Sesungguhnya dengki ini akan memakan kebaikan kita sebagaimana api memakan kayu... malahan jika ada ruang perasaan dengki...tentunya hati tidak tenteram

3. Jom pelihara pandangan/mata kita daripada melihat perkara-perkara haram ..perkara-perkara yang hanya menyebabkan kita jadi bongkak, jadi iri hati, jadi tak ketentuan tidak bertempat ..yang mana semua pandangan ini boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang kepada perkara2 tertentu dengan penuh rasa keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

4. Jaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita.
Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zat/materinya, dan ia terbahagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, sama ada kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melampaui batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5. Perlunya untuk menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

6. Perlunya menjaga kedua-dua kaki supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan doa-doa untuk memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

7. Yang paling penting Ikhlas dengan amal perbuatan kita semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala .  Amal ibadah yang wajib perlu di lakukan... jangan ditinggalkan... dan jika boleh cari-cari ruang masa untuk ibadah sunat... Perlu konsisten(istiqamah) jangan kejap jer buat...dan lalai leka ...Kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hubungan secara terus dengan Allah s.w.t di sinilah kekuatannya untuk menjaga kebersihan hati


Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih dan luhur memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.



Mari Jaga Hati... Mari tingkatkan iman dan amal soleh serta hubungan kita dengan Allah s.w.t semoga kita dikurniakan hati yang bersih dan suci...semoga ketenangan yang hakiki dapat dimiliki

Monday, January 24, 2011

Amalkan Selalu Muhasabah Diri Untuk Menghindari Sifat Fajir

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Muhasabahdirihindarisifatfajir/Article/   bertarikh 23/1/2011

Ahad lalu, saya ada membaca artikel berkaitan Muhasab diri hindari sifat fajir..dalam bab Pedoman Saya tertarik dengan artikel ini kerana mendapati memang banyak berlaku dalam masyarakat pada masa ini apa yang diperkatakan.. Semoga kita semua terhindar dari golongan yang mempunyai sifat Fajir ini... yang ada ilmu tetapi tidak beramal dan hanya pandai berbicara sahaja... Muhasabah diri sentiasa semoga Allah s.w.t sentiasa di hati dan semoga ditetapkan iman serta diperkukuhkan amalan demi untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi...

" RASULULLAH SAW mendedahkan, dalam hakikat perjuangan Islam, wujudnya golongan manusia yang bergelumang dengan maksiat, melakukan kemungkaran, berjiwa munafik serta memang tidak beriman, tetapi turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.
Riwayat Al-Bukhari menyatakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat).” Menyentuh mengenai maksud fajir ini, sebahagian ulama Islam berpendapat yang dimaksudkan itu adalah orang berilmu dan berakal tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu sedangkan orang lain pula yang mendapat faedah daripada ilmu yang diajar olehnya.

Selain itu, golongan pemerintah yang zalim juga turut tergolong dalam kumpulan manusia fajir.
Di dalam sejarah perjuangan Islam dari zaman dulu hingga sekarang terdapat banyak contoh yang menunjukkan manusia yang bersifat ‘fajir’ ini dapat mengabui pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih untuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan yakni langsung tidak bersamaan dengan pandangan atau ilmu yang dilontarkan.

Hadis riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa ramai yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing.” Oleh itu, ramai antara umat Islam yang hanya ‘berjihad’ untuk kepentingan diri saja dengan alasan menyebarkan ilmu serta dakwah Islam tetapi pada masa yang sama, tidak mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.

Sebagai umat Islam, kita sebenarnya perlu bermuhasabah diri dan melihat kembali perbuatan yang kita lakukan sehari-hari.
Ini sebagaimana hadis tadi yang menyatakan bahawa kebanyakan orang berilmu hanya menurunkan ilmunya tetapi gagal mengamalkan ilmunya itu.

Kebanyakan berasakan sempurna dengan ilmu yang diamalkan tanpa pernah melakukan muhasabah diri dan melihat kesilapan yang dilakukan seperti meninggalkan perkara kecil yang sebenarnya adalah tanggungjawab mereka.
Di dalam Islam, kita dituntut untuk melakukan muhasabah diri dengan menilai, memeriksa serta menghitung kesilapan yang dilakukan sebagaimana Rasulullah yang menyatakan ia cara terbaik mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sebahagian ulama salaf mengatakan: “Seseorang daripada kamu yang bermuhasabah dirinya sendiri adalah lebih hebat daripada muhasabah seorang teman terhadap temannya.” Ini menunjukkan amalan bermuhasabah terhadap diri sendiri adalah sangat penting dan diiktiraf oleh ulama kerana individu yang bermuhasabah dirinya tentu mengakui kesilapan diri sendiri. Oleh itu, sebagai makhluk yang lemah dan sentiasa terdorong untuk tunduk kepada bisikan syaitan, kita cenderung untuk lebih mengambil berat mengenai kesihatan, kekuatan dan keindahan fizikal, hingga melupakan tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan hati dengan mengingati Allah, mengingati mati dan memperbaiki diri. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dunia yang tidak habis-habis, kita mengabaikan hati dan keperluan rohani. Kita sibuk mengumpul harta bagi mengisi keperluan hidup di dunia dan ada kalanya, harta itu tidak pula mendatangkan manfaat kepada kita, malah melalaikan kita daripada mengingati Allah. Jadi, seharusnya, sebagai seorang yang mengakui beriman dan berilmu, hendaklah kita berhati-hati daripada sifat ‘fajir’ dan juga bersifat ‘riya’ yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas daripada ciuman bau syurga kerana setiap sekecil-kecil perbuatan sekalipun tetap akan dihitung dan diazab Allah SWT kelak. "

Tuesday, January 4, 2011

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة)

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:
 

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Ertinya:

“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
  
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
Ertinya:
 
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”